12/31/13

140 Badak sumbu dipindahkan menggunakan helikopter (18 gambar)

tokey cincai aje
Mak ai, bukan calang-calang usaha yang dijalankan oleh persatuan World Wide Fund for Nature (WWF) untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan hidup spesis-spesis haiwan yang mereka anggap sebagai terancam. Pada bulan November yang lalu, pihak WWF telah memindahkan sejumlah badak sumbu ke kawasan konservasi yang dikhususkan untuk menggalakkan pembiakan badak sumbu. Sejumlah 140 badak sumbu telah dipindahkan semenjak bermulanya program pembiakan badak sumbu yang dijalankan oleh WWF. Usaha mereka boleh dianggap sangat luar biasa kerana sanggup mengangkut badak sumbu terbabit dengan menggunakan helikopter.

Alasan yang mereka berikan adalah, tempoh masa penggunaan ubat bius lebih singkat jika dibandingkan tempoh bius yang agak lama jika menggunakan lori. Alasan yang digunakan seems legit..

Admin pun tak penah naik helikopter, bertuah badan si badak dapat naik helikopter :p




















source: dailymail

Casing CPU Hiroto yang WOW (15 gambar)

tokey cincai aje
Mamat yang bernama Hiroto Ikeuchi telah mengubah casing CPU miliknya sehingga ke tahap yang Wow..saksika..

Tiada apa yang admin mampu katakan melainkan..WOW
















12/30/13

Senapang getah yang awesome (8 gambar)

tokey cincai aje
OMG!!! apekah kegilaan ini. Apekah!!!. Di Ukraine, seorang peminat pistol getah telah mencipta suatu karya yang maha best. Karya yang memungkinkan peminat pistol getah untuk memiliki versi pistol getah yang hampir hebat setaraf dengan gattling gun. Setiap pistol getah mampu untuk menembak sehingga 700 tembakan. Dengan 16 laras senapang yang disusun sepertin gattling gun, anda mampu untuk membuat 14 tembakan didalam masa 1 minit.

Ianya dibuat daripada kayu, enjin elektrik kecil dan juga 5 biji bateri berkapasiti AA. Jarak maksimum tembakan adalah 8 meter..perghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kene beli ni weh hehehe. best gile :p

sila sokong mereka di kickstarter didalam bentuk derma kilat.









Perang roket Chios (8 gambar)

tokey cincai aje
Setiap tahun 2 buah gereja di kepulauan Greek menyambut hari Easter dengan mengadakan perang roket antara 2 buah gereja. Upacara ini pada mulanya menggunakan meriam sebenar sebagai memperingati usaha penduduk tempatan melawan lanun, tetapi ianya telah dirampas oleh penguasa kepulauan Greek pada masa itu iaitu empayar Ottoman pada 1889 kerana mereka menggunakan meriam terbabit untuk melawan pihak empayar Ottoman. Walaupun meriam mereka telah dirampas, mereka telah membuat keputusan untuk menyambung tradisi ini dengan menggunakan roket buatan sendiri. 

Dianggarkan sebanyak 80,000 roket digunakan untuk festival ini dan seramai 150 orang terbabit secara langsung di dalam proses pembuatan roket-roket ini. Semua roket ini dihalakan ke loceng yang tergantung diatas gereja. Ia sangat bahaya sehinggakan penduduk tempatan melindungi bangunan mereka dengan perlindungan yang sepatutnya untuk mengelakkan bangunan mereka terbakar. saksikan.










source: dailymail

Pembakaran duit kertas china (27 gambar)

tokey cincai aje
Masyarakat China sangat menghormati nenek moyang mereka. Ini kerana mereka percaya nenek moyang mereka yang sudah meninggal dunia akan memberkati mereka yang masih hidup didunia ini. Jadi, pelbagai usaha dilakukan oleh mereka yang masih hidup untuk mengembirakan mereka-mereka yang telah meninggal dunia. Anda pasti biasa melihat suasana seperti dibawah bukan..







ya, semua diatas itu adalah upacara pembakaran "wang neraka" khas untuk kegunaan mereka-mereka yang berada di alam kematian. Diharapkan dengan pemberian ini, ia akan memudahkan urusan nenek moyang mereka di alam selepas kematian, dengan adanya wang neraka, nenek moyang mereka boleh hidup senang di alam kematian dan memberkati mereka yang masih hidup. Semua yang tertera diatas adalah upacara pembakaran hadiah pemberian versi lama. kini ada versi yang lebih moden dan up to date dengan pengedaran zaman sehinggakan pada tahun 2006, Dou Yupei yang mempunyai jawatan sebagai timbalan menteri bagi hal ehwal awam mengharamkan penciptaan versi baru pemberian yang boleh dibakar ini bagi menghapuskan adat-adat dan kepercayaan karut seperti ini. Saksikan..

Duit mengikut matawang negara



Rumah banglo

Kasut Louis Vuitton mengikut saiz kaki

Setiap kedai mesti ade kucing

Set pakaian baru dengan jam tangan

Air coca cola, pepsi, carlsberg dan biskut

Binatang peliharaan



Set radio baru

tiket bas dan passport untuk melancong

Chicken chop

Arak brand mahal beserta dengan rokok

Shave janggut

Set hadiah

Iphone terkini yang dijual murah je

kalau rasa nenek moyang panas di alam kematian, boleh belikan aircond

Set tv

Basikal

Set berjudi

Judi kuda

Emas untuk si mati



Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template