9/25/13

Tu-144 pesawat penumpang supersonic yang lebih laju daripada concorde (14 gambar)

tokey cincai aje
TU-144 adalah pesawat penumpang yang paling laju didunia. Ia lebih laju dari pesawat Concorde. Konsep kapal terbang supersonic TU-144 telah pertama kali diperkenalkan di dalam majalah "Technology of Air Transport" pada tahun 1962. Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa menunjukkan minat mendalam didalam usaha membangunkan kapal terbang supersonic untuk kegunaan orang awam. Negara Perancis dan England telah berpakat untuk membina Concorde, manakala kerajaan Rusia pula telah menjalankan usaha yang sama melalui TU-144. Usaha membangunkan TU-144 bermula 10 hari selepas rekaan awal TU-144 di luluskan pada 26 July 1963. Mengikut perancangan Rusia, 5 prototaip akan dibina dalam masa 4 tahun dan pesawat yang sudah diuji sepenuhnya akan dibina pada tahun 1966. Hasilnya, TU-144 mampu terbang dengan kelajuan Mach 2.15 (2283 Km/Jam) berbanding Concorde yang hanya mampu terbang dengan kelajuan Mach 2.04 (2166  Km/Jam). Namun akhirnya..benda yang bagus..takkan kekal selamanya, program TU-144 akhirnya dibatalkan kerana kerap terhempas semasa proses uji pandu. Ini adalah sangat tidak bagus untuk perniagaan. Komrad..kapal terbang anda memang power la. Mari kita saksikan.















Punca Maklumat Cincai: TU-144

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template