10/11/13

Jambatan tenggelam di Terusan Corinth (9 gambar)

tokeycincai
Dunia oh dunia..penuh dengan pelbagai rekaan yang menarik.

Terusan Corinth di Greek betul-betul melalui kawasan Isthmus yang sangat sempit dan memisahkan Semenanjung Peloponnesian daripada tanah besar Greek. Ia menemukan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di laut Aegean. Ia dibina diantara tahun 1881 dan 1893. Boleh dikatakan sebuah kejaiban kejuruteraan pada masa ia dicipta. Terusan ini sangat berbeza dengan terusan yang lain kerana jambatan yang menghubungkan kedua-dua tebing terusan ini perlu tenggelam kedalam air untuk memberi ruang kepada kapal untuk lalu. Terusan lain memerlukan jambatan diangkat keatas. Walaupun pembinaan terusan ini menjimatkan masa perjalanan kenderaan darat yang sejauh 700 Kilometer, ia adalah terlalu sempit untuk kapal-kapal moden melalui menerusi terusan ini. Ia hanya mampu memberi laluan kepada kapal selebar 16.5 meter dan juga 7.3 meter dalam. Walaupun binaan ini sangat hebat, namun ia gagal untuk menarik jumlah pengguna yang ramai. Ini kerana, cuma sebuah kapal sahaja boleh melalui terusan ini dalam satu-satu masa dan cuma satu hala sahaja boleh digunakan dalam satu-satu masa. Buat masa ini, 11,000 kapal menggunakan terusan ini setiap tahun. 










tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template