10/6/13

Menara Komunikasi untuk telefon dalam betnuk penyamaran (24 gambar)

tokeycincai
Telefon bimbit merupakan antara salah satu keperluan utama didalam kehidupan harian manusia. Dunia tidak lagi sama dengan adanya kemudahan untuk berkomunikasi melalui telefon. Boleh dikatakan bahawa setiap daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit yang digunakan untuk urusan pejabat, menghubungi awek, bertanya khabar sanak saudara dan lain-lain lagi. Dengan bertambahnya bilangan telefon bimbit yang digunakan dipasaran, maka pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu mempunyai lebih banyak menara telekomunikasi. Menara komunikasi ini perlu diletakkan berselerak di merata tempat untuk memastikan semua kawasan mempunyai isyarat komunikasi yang cukup kuat bagi memastikan tiada interupsi komunikasi antara telefon-telefon bimbit ini.

Namun begitu, kebanyakan ahli masyarakat sangat sangsi dengan bahaya radiasi yang dihasilkan oleh menara telekomunikasi ini. Maka, apabila pihak penyedia khidmat telefon bimbit cuba meletakkan menara komunikasi ini berhampiran pengguna, para pengguna mula menunjukkan rasa tidak senang mereka akan kehadiran menara ini berhampiran kediaman mereka. Mereka khuatir ia akan mendatangkan mudarat kepada mereka jika mereka terdedah lama kepada gelombang komunikasi yang berpunca dari menara telekomunikasi. 

Maka, terhasillah menara komunikasi seperti yang terdapat dibawah. Mari kita saksikan gambar-gambar dibawah selepas membaca teks admin yang skema hahaha.




























via: curbed

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template