10/21/13

Salahkan datuk bandar Sao Paulo (12 gambar)

tokeycincai
Salahkan datuk bandar Sao Paulo..apabila bandar-bandar tidak lagi ceria dengan poster dan iklan yang mewarnai bandar Sao Paulo. Pada 2006, datuk bandar Sao Paulo telah memperkenalkan undang-undang bandar raya bersih. Undang-undang baru ini telah mengharamkan bentuk pengiklanan di kawasan luar premis. Ini adalah termasuk papan iklan, iklan di bas, komuter dan juga depan kedai. Tak sampai setahun, 15,000 papan iklan telah diturunkan dan juga papan tanda kedai telah dikecilkan untuk mematuhi undang-undang baru ini. TV besar yang digunakan untuk pengiklanan juga diturunkan. Cuba bayangkan, pemberian pamplet juga diharamkan..aduhai. Sebanyak USD$8 juta telah dibelanjakan untuk membersihkan keseleruhan bandaraya daripada iklan. Setelah 7 tahun, akhirnya bandar ini sangat-sangatlah bersih dari ancaman iklan merata. 

Apabila undang-undang ini mula diperkenalkan. Ramai agensi pengiklanan panik tak ingat punye. Ramai pengkritik mengatakan bahawa bandar ini akan kehilangan sumber pendapatan melalui pengiklanan sebanyak USD$133 juta dengan seramai 20,000 orang akan kehilangan pekerjaan. 

Datuk bandar Sao Paolo bolehlah gelak besar kerana pada tahun 2011 satu survey yang diadakan keatas penduduk bandar ini telah menunjukkan bahawa 70% dari penduduk bandar sangat gembira dengan ketiadaan papan iklan merata ini. Hahaha, tahniah datuk..













via: adbuster web urbanist

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template