10/31/13

Tinggal di sangkar anjing (13 gambar)

tokeycincai
Hongkong, merupakan rumah kepada 7 juta orang. Ia merupakan antara bandar yang paling kaya dan antara bandar yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Walaupun ditenggelami oleh kekayaan yang melimpah ruah, masih ramai lagi penduduk bandar hong kong ini yang tinggal di kawasan yang padat dan daif. Tidak cukup dengan itu, mereka juga hanya mampu hidup didalam sangkar besi sebesar 6 kaki darab 2 kaki. Jumlah orang yang tinggal di sangkar ini boleh mencecah sehingga 30 sangkar didalam sebuah bilik yang kecil. Penghuni sangkar ini dipanggil sebagai pekerja miskin yang tidak mampu untuk hidup dikawasan kejiranan yang kaya raya. Disini juga tinggal orang tua yang tidak boleh lagi bekerja dan hidup diatas wang kebajikan. Tuan tanah selalunya mengenakan sewa sebanyak USD$200 (RM660) sebulan untuk mendiami sangkar besi milik mereka. Sangkar yang paling bawah adalah sangkar yang paling mahal. Sungguh menyedihkan :(

Penduduk Hong Kong memanggil sangkar ini sebagai "Sangkar Anjing"..














via: 1 2 3

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template