11/18/13

Menara Kaiping (10 gambar)

tokeycincai
Diseluruh daerah Kaiping di China, terdapat beratus menara bertingkat yang dipanggil sebagai Diaolou. Diperbuat dari batu, batu-bata dan juga konkrit, bangunan ini menunjukkan percampuran budaya antara budaya barat dan juga budaya China. Pada zaman Dinasti Qing pada lewat dekad ke-19 dan awal dekad ke-20, bangunan ini digunakan sementara sebagai tempat perlindungan oleh pelarian perang dari keluarga yang kaya raya.. Pada tahun 1920-an dan 1930-an terdapat dalam 3000 menara. Pada hari ini dianggarkan hanya 1833 menara sahaja yang masih tinggal di Kaiping. Percaya atau tidak, kebanyakan menara ini dibina oleh orang China yang berkelana dinegara Amerika. Mereka berhijrah kesana kerana pada masa itu terdapat fenomena "Gold Rush" di Amerika. Setelah kocek mereka kembung disana, mereka menyumbang sebahagian kekayaan mereka ke tanah besar China bagi membina menara-menara ini. Menara Kaiping termasuk didalam senarai tinggalan warisan dunia UNESCO.











via: UNESCO

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template