12/20/13

Ladang alga merah di Australia (9 gambar)

tokeycincai
Suatu masa dahulu di Malaysia, pertanian adalah merupakan teras kepada kemajuan negara. Pentingnya pertanian kepada Malaysia sehingga tertubuhnya sebuah universiti bernama Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia). Universiti ini mengkhusus kepada teknologi pertanian dan telah memberi banyak sumbangan kepada kelangsungan hidup rakyat Malaysia secara keseluruhan. Jika tumbuhan yang kita tanam lebih kepada getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya, sebuah ladang di Australia pula mengkhusus kepada penanaman alga yang bewarna merah. Di Hutt Lagoon, wilayah barat Australia, sejumlah kolam yang membentuk keluasan 14Km panjang dan 2Km lebar telah diperuntukkan untuk menanam alga merah. Dua jenis alga yang kaya dengan Beta-Carotine telah ditanam. Alga ini mempunyai nilai yang tinggi didalam bidang perubatan. Kawasan ini dipilih kerana air lautnya mengandungi kandungan garam yang tinggi sehingga 95%. Saksikan lautan merah alga di Australia..

Kenyang makan alga je kan hehehe :)










source: world time

tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template