1/17/14

Fungus apakah ini (14 gambar)

tokey cincai aje
Setiap negara mempunyai makanan yang dipanggil sebagai signature dish. Makanan yang dilabel sebagai signature dish ini melambangkan maruah dan kebanggaan sesebuah negara. Jika di Perancis, ia sangat dikenali melalui makanan siput sedutnya. Di Jepun pula, ia sangat terkenal dengan sushi dan juga sotong kurita yang dimakan hidup-hidup. Di Itali pula, ia dikenali melalui masakan yang menggunakan Truffle Putih.


Apakah itu Truffle Putih???


Truffle Putih adalah makanan yang bapak mahal.Makanan yang bapak mahal ini mencecah harga yang tidak munasabah walaupun kuantitinya adalah ciput. Mengalahkan harga ikan tuna di jepun yang besar gedabak. Pada bulan november tahun lalu, 2 ketul truffle Putih yang berat keseluruhannya adalah 950gram telah dijual dengan harga RM396,000. Bayangkanlah, cendawan dua ketul berharga ratusan ribu. Cube tengok gambar diatas, sudahlah warnanya macam tanah, ada hati nak letak harga mahal-mahal. 

Tahukah anda kenapa harganya begitu mahal?


Ini kerana, Truffle Putih yang rasanya sedap itu, sangat sukar untuk ditemui. Ia tumbuh 2 - 8 inci dibawah tanah. Sudahlah dibawah tanah, ia tumbuh dibawah pokok besar pula. Terdapat masa yang terhad untuk anjing mencari truffle Putih mencari dan mengesan kedudukan truffle Putih, kerana ia hanya mengeluarkan sedikit bau fungus bagi masa yang terhad. Ia hanya tumbuh di kawasan berbukit di Selatan Itali. Perubahan cuaca yang semakin buruk juga menyebabkan harga truffle melambung tinggi. Saksikan, cendawan bapak mahal yang diberi nama Truffle Putih.

Tak rela rasanya makan benda coklat ni dengan harga bapak mahal..














via: wikipedia

tokey cincai aje / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template