1/6/14

Teknik lama penyamaran kapal perang (25 gambar)

tokeycincai
Cuba anda bayangkan, pada perang dunia pertama, kapal-kapal anda diserang secara bertubi-tubi oleh kapal selam U-Boat milik tentera jerman tanpa mengira jenis kapal. Kapal perang atau tidak, semuanya habis ditenggelamkan oleh tentera laut Jerman. Jumlah kapal yang tenggelam pula adalah sangat banyak, sehingga menjejaskan operasi ketenteraan anda. Apa yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat kerana untuk mengkaji teknologi baru bagi mengelak serangan kapal selam Jerman perlu mengambil masa yang lama. Apa yang perlu anda lakukan.



Percaya atau tidak seorang artis british bernama Norman Wilkinson yang juga seorang pegawai tinggi tentera laut British telah diupah untuk memberi penyelesaian segera kepada tentera laut British. Cara penyelesaian yang beliau utarakan adalah mewarnakan seluruh kapal perang milik british dengan corak yang langsung tidak membantu kapal perang untuk bersembunyi dari serangan pihak musuh. Tetapi yang anehnya, cara yang beliau cadangkan amatlah berjaya. Tambahan pula cara yang beliau cadangkan adalah murah, cepat sangat efektik.

Corak yang beliau cadangkan membuatkan kapal selam U-boat milik Jerman konfius tentang arah gerakan kapal perang British yang seterusnya. Corak yang digunakan oleh kapal perang British sebenarnya adalah corak yang dibuat berdasarkan pengiraan matematik. Jika tentera Jerman melihat kapal British sedang bergerak kedepan, yang sebenarnya ia sedang bergerak ke arah yang lain. Ini menyukarkan proses membidik hala tuju Torpedo kearah sasaran yang sedang bergerak. Mari kita saksikan

pada perang dunia pertama, Jerman telah berjaya meneggelamkan 7,700 kapal milik British. Memang problem yang sangat kritikal


























tokeycincai / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Distributed By Blogger Template